Oleh Yusrin Junaidi
TEMBURONG, 30 April – Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dalam usahanya untuk meringankan beban golongan asnaf telah menyerahkan agihan zakat peralatan perubatan kepada seorang penerima dari Kampung Rataie, Daerah Temburong, petang tadi.
Hadir menyampaikan peralatan perubatan berupa sebuah katil hospital dan tilam jenis bubble mattress kepada Awang Mantal bin Aman itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Haji Jamil bin Haji Ghani.
Kesemua peralatan perubatan berjumlah $1,945 itu diambil daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin MUIB yang diharapkan akan dapat memberi keselesaan kepada penerima serta keluarga.