Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    MUIB sumbang perahu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Bagi memeduli golongan yang memerlukan di negara ini, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah menyerahkan agihan zakat modal peralatan berusaha berupa sebuah perahu bernilai $15,443 kepada seorang penerima.

    Majlis penyerahan telah berlangsung hari ini di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Haji Abdul Aziz bin Akop.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KHEU, peruntukan bantuan berkenaan diambil melalui Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin MUIB.

    Ketika ditemui Media Permata, Awang Abdul Rahman mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki yang diberikan dan menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui MUIB atas bantuan yang telah diberikan.

    “Alhamdulillah, dengan adanya bantuan ini, saya akan dapat menyara keluarga dengan mencari ikan untuk dijual, dan Insya-Allah dengan bantuan ini juga akan dapat menstabilkan lagi keadaan,” ujarnya.

    KHEU berharap dengan adanya agihan zakat modal peralatan berusaha seumpamanya akan menambahkan lagi semangat dan usaha para penerima agar lebih gigih dalam meningkatkan taraf kehidupan kepada yang lebih baik dan sempurna.

    Haji Abdul Aziz menyerahkan bantuan kepada Awang Abdul Rahman.
    Awang Abdul Rahman (kiri) melihat perahu yang disumbangkan oleh MUIB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...