Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Muib terima zakat perniagaan 3 syarikat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Sejumlah $3,516,683.20 wang zakat telah diserahkan oleh tiga buah syarikat kepada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) pada majlis yang diadakan di Bilik Dhiyafah, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis, kelmarin.

    Kesemua zakat tersebut diserahkan kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku yang di-pertua MUIB.

    Pada majlis itu, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menyerahkan wang zakat perniagaan berjumlah $2,809,070.90 dan zakat wang simpanan pelanggan BIBD berjumlah $529,744.82 yang telah diserahkan oleh Penolong Mufti (Buhuth), Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof selaku pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD, dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman.

    Sementara itu, Syarikat Muraqabah Hartanah Haji Ahmad bin Haji Bakar (MURABAHA) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah $157,867.48 yang diserahkan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Syarikat MURABAHA, Dato Seri Setia Haji Adam bin Haji Ahmad.

    Manakala itu, Al-Bukhari Textile Centre Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah $20,000 yang diserahkan oleh pemiliknya, Fakhri Alam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KHEU, MUIB merupakan sebuah pertubuhan tertinggi di negara ini yang bertanggungjawab menguruskan dan mengendali kutipan dan agihan wang zakat, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Ka-di Penggal 77, Pindaan 1984.

    MUIB mengagihkan kutipan zakat melalui skim-skim agihan, antaranya Skim Agihan Bulanan, Skim Agihan Asasi, Skim Agihan Persekolahan, Skim Agihan Institut Pengajian Tinggi, Skim Agihan Sewa Rumah, Skim Agihan Al-Gharimin, Skim Agihan Perubatan, Skim Agihan Modal Berusaha, dan Skim Agihan Pengupayaan Program Pengupayaan Asnaf Zakat (PROPAZ).

    Asnaf yang berhak menerima zakat melalui Skim Agihan Bulanan, Skim Agihan Asasi, Skim Agihan Persekolahan dan Skim Agihan Sewa Rumah akan menerimanya bagi tempoh dua tahun. KHEU mengongsikan jumlah agihan zakat pada 2020 dianggarkan sebanyak $44,488,650.00, manakala itu, sebanyak $39,140,000 telah diperuntukkan untuk agihan zakat 2022, yang diambil daripada kutipan zakat fitrah dan zakat harta bagi tahun 2019, 2020 dan 2021.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin ketika menerima wang zakat daripada pihak BIBD.- Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...