Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Mukim Lumapas alami gangguan bekalan air

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Gangguan bekalan air dan tekanan air rendah akan berlaku di Mukim Lumapas dan kawasan sekitarnya, menurut pengumuman oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan hari ini.

    Menurut kenyataan JKR, gangguan itu disebabkan oleh ketidakstabilan sumber bekalan air dalam sistem rangkaian air yang menyebabkan saluran air tangki Kiarong ke Mukim Lumapas telah terjejas.

    Oleh itu, jabatan berkenaan telah menyediakan tangki air biru di Kawasan yang terjejas dan lokasi penempatan tangki biru itu di Simpang 665-15, Jalan Mambarong, Kampung Lumapas; No 71, Jalan Kecil Pawas, Kampung Lumapas; No 850, Rumah Pemangku Ketua Kampung Lumapas B; Pejabat Pos Lumapas; Simpang 46-12, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati, Kampung Lumapas dan Pejabat Lama JKR Lumapas.

    Orang ramai boleh menghubung Talian Darussalam 123 untuk sebarang permohonan pembekalan air tangki.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...