Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Mukim Sengkurong rekod kes COVID-19 tertinggi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai keberadaan kes-kes positif yang dikesan di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan telah mengongsikan hasil penelitian yang telah dijalankan.

    Hasil penelitian tersebut telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Perkongsian tersebut turut disertakan dengan peta yang dipaparkan pada sidang media tersebut.

    “Sebagaimana yang tertera pada skrin, di antara 17 Oktober 2021 sehingga 23 Oktober 2021, terdapat enam buah mukim yang mempunyai kes positif melebihi 80 kes positif,” kongsi Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham.

    Jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan, mukim-mukim tersebut adalah Mukim Sengkurong yang mempunyai 215 kes, Mukim Berakas A mempunyai 196 kes, Mukim Kota Batu sebanyak 98 kes, Mukim Gadong B sebanyak 82 kes,

    Mukim Kilanas sebanyak 81 kes, dan Mukim Kuala Belait sebanyak 133 kes.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa berucap pada sidang media yang berlangsung kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...