Mukim Sukang kibarkan bendera

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Upacara Menaikkan Bendera Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 bagi Mukim Sukang, Ulu Belait telah diadakan di Dewan Serba guna Kampung Sukang, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Pemangku Penghulu Mukim Sukang, Haji Mohd Noh bin DMS Dian telah menyerahkan bendera kepada pegawai Pos Polis Mukim Sukang yang kemudiannya menyerahkan bendera berkenaan kepada penaik bendera dan seterusnya menaikkan bendera dengan diiringi lagu kebangsaan oleh murid-murid Sekolah Rendah (SR) DMS Dian, Sukang.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah ketua Rumah Panjang Buau, Mukim Sukang, guru besar SR DMS Dian serta penduduk sekitar Mukim Sukang.

Haji Mohd Noh menyerahkan bendera negara kepada pegawai Pos Polis Mukim Sukang untuk dinaikkan.