Mulakan penguatkuasaan e-skuter

Merujuk kepada surat pembaca ‘Bila ev dikuatkuasakan?’ oleh Ingin Tahu yang disiarkan dalam Media Permata bertarikh 25 Mei lalu, saya bersetuju dengan pandangan penulis kerana semakin banyak pengguna mula berjinak-jinak dengan e-skuter atau skuter elektrik.

Saya bersetuju dengan pandangan beliau kerana kebanyakan pengguna-pengguna e-skuter ini menggunakannya di jalan-jalan kampung terutama menuju ke kedai-kedai runcit dan masjid atau surau berdekatan.

Tujuan saya menulis surat pembaca ini juga bukan hanya sekadar bersetuju dengan pandangan penulis namun demi keselamatan pengguna e-skuter dan pengguna jalan raya lain seeloknya penggunaan kenderaan elektronik khususnya e-skuter dikuatkuasakan dalam masa beberapa bulan tahun ini sebagai menyahut fasa awal pelaksanaan kenderaan ev.

Ini kerana penggunaannya semakin meningkat dan setentunya jika tidak memenuhi syarat piawaian untuk digunakan di jalan raya, ia akan menjadi satu kesalahan pula di sisi undang-undang.

Justeru diharap akan ada perkhabaran baik dan terkini mengenai pe-laksanaan ev di negara kita dalam masa terdekat.

Ahli Teropong