Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Mumia kanak-kanak ditemui di Peru

    LIMA, 15 FEB – Mumia enam kanak-kanak dipercayai telah dikorbankan ratusan tahun lalu, dikatakan untuk mengiringi orang bangsawan menjalani kehidupan sesudah mati, telah digali dalam sebuah makam berhampiran Lima, lapor ahli arkeologi.

    Rangka kecil, dibalut dengan kain, ditemui dalam kubur seorang lelaki terkenal, kemungkinan tokoh politik, ditemui pada November lalu di tapak penggalian Cajamarquilla kira-kira 24 kilometer dari timur Lima.

    “Kanak-kanak itu mungkin saudara rapat dan ditempatkan di tempat berlainan pintu masuk makam mumia orang bangsawan, di atas satu sama lain,” beritahu ahli arkeologi Pieter Van Dalen, kepada AFP.

    “Kanak-kanak itu, menurut hipotesis kerja kami, sepatutnya dikorbankan untuk mengiringi mumia ke alam ghaib,” kata Van Dalen.

    Menurut Van Dalen, mumia tersebut berusia kira-kira 1,000 hingga 1,200 tahun.

    Tidak jauh, kumpulan juga menemui tulang tujuh orang dewasa yang belum dimumiakan, serta rangka haiwan seperti llama, dan barangan tembikar.

    Rangka lelaki bangsawan itu ditemui pada tahun lalu dalam makam yang terletak kira-kira tiga meter panjang dan 1.4 meter dalam di Cajamarquilla, salah sebuah kompleks arkeologi terbesar berdekatan Lima.

    Dia berusia 20 tahun apabila meninggal dan dikuburkan dan tangan menutup mukanya, serta diikat dengan tali. – AFP

    Satu mumia kelihatan di tapak arkeologi Cajamarquilla pada 13 Februari 2022, di mana enam mumia kanak-kanak ditemui berusia antara 800 dan 1,200 tahun telah digali di Cajamarquilla. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...