Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Muna seronok ceburi permainan video penstriman

    Ujian pandemik COVID yang menyerang seluruh dunia selama lebih dua tahun meninggalkan kesan cukup mendalam buat penyanyi Muna Shahira.

    Penularan pandemik nyata membuka mata wanita berusia 28 tahun itu untuk lebih menghargai masa bersama keluarga.

    Justeru, pada lebaran kali ini, Muna membuat keputusan bercuti lebih lama bagi meluangkan banyak masa bersama keluarga selepas jalinan silaturahim terputus selepas sambutan Syawal secara normal baharu.

    Malah, penyanyi dari Mersing, Johor itu tidak kisah terpaksa mengeluar bajet duit raya lebih memandangkan sudah lama tidak bertemu dengan sanak-saudara.

    “Pandemik COVID mengajar saya menghargai masa. Ini kerana masa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

    Muna akui merasa semakin seronok menceburi permainan video penstriman kerana ia mampu menjana pendapatan dan mengumpul pengikut baharu. – Agensi

    “Begitu juga peluang dan kesempatan bersama keluarga tercinta, ia tak datang selalu.

    Secara kebetulan, saya baru kehilangan datuk tahun lalu akibat COVID, jadi ia menyebabkan kami sekeluarga masih dalam kesedihan.

    “Perkara inilah yang mengajar kami lebih menghargai saat bersama.

    “Memandangkan tahun ini boleh menyambut Syawal bersama, jadi, saya mahu beri masa sepenuhnya bersama keluarga kerana siapa tahu tiba-tiba ‘perintah berkurang’ dilaksanakan semula,” katanya kepada media.

    Muna berkata, dia tidak mengambil apa-apa tawaran sehingga raya keenam, tahun ini.

    “Seperti biasa, kami sekeluarga pulang ke kampung di Felda Bukit Kuantan di Pahang.

    “Sejak kecil kami sekeluarga akan pulang ke kampung, hanya ketika pandemik sahaja tidak dapat beraya di sana,” katanya.

    Muna berkata, dia seronok dapat menyambut raya di kampung kerana suasana amat berbeza.

    “Selain itu, apa yang lebih menyeronokkan, pengikut baharu yang dikumpul menerusi permainan video penstriman turut berkunjung ke kampung halamannya.

    “Disebabkan datuk dan nenek sebelah bapa sudah tiada, jadi kami hanya beraya di kampung ibu di Kuantan. Belum pernah lagi kami menyambut raya di Mersing, kecuali ketika pandemik dua tahun lalu.

    “Memang seronok bertemu ahli keluarga baru kerana saya mempunyai ramai sepupu yang baru lahir. Jadi, duit raya pun bertambah tahun ini, selain pengikut permainan video penstriman tidak ketinggalan berkunjung.

    “Syawal tahun ini disambut meriah apatah lagi dapat mengumpul pengikut baharu. Sebelum ini, hanya peminat bidang nyanyian, tetapi sekarang kumpul pengikut penstriman video pula,” kata Muna.

    Penyanyi lagu Teguh Setia itu berkata, dia semakin seronok menceburi permainan video penstriman kerana selain bidang nyanyian dan lakonan, ia mampu menjana pendapatan.

    Katanya, idea menceburi bidang permainan video itu tercetus berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...