Mungkin boleh buka restoran?

Dengan statistik COVID-19 semakin mendatar di negara ini dan kerajaan pula sedang berbincang untuk mempertimbangkan untuk melonggarkan beberapa sekatan, Ramadan mungkin boleh dimeriahkan sedikit.

Untuk penjarakan sosial, gerai-gerai Ramadan mungkin masih lagi belum dapat diadakan, namun berbuka puasa atau sungkai di restoran mungkin sahaja boleh dibuat, dengan syarat restoran-restoran mematuhi penjarakan sosial, mengehadkan bilangan pelanggan dalam satu-satu masa dan mencontohi restoran di Hong Kong sebelum ini yang mensyaratkan tempat duduk juga diletakkan jarak fizikal.

Mungkin dengan ini, sedikit sebanyak boleh memeriahkan lagi keadaan yang suram. Manakala yang lain, juga boleh difikirkan lagi terutamanya menjelang Aidilfitri kelak. Mudah-mudahan COVID-19 ini terhapus sebelum Aidilfitri.

Hapus COVID

Keadaan di salah sebuah restoran di Hong Kong yang mensyaratkan tempat duduk juga diletakkan jarak fizikal. – Agensi