AS mungkin ‘dibuka semula’ bulan depan

WASHINGTON, 13 APRIL – Amerika Syarikat (AS) mungkin bersedia untuk ‘dibuka semula’ secara berpe-ringkat pada bulan depan, kata pakar utama kerajaan bagi penyakit berjangkit, semalam.

Ia sejajar peningkatan tanda bahawa pandemik COVID-19 sedang memuncak di negara itu.

Menurut penjumlahan oleh Universiti Johns Hopkins setakat jam 8:30 malam tadi, AS merekodkan 1,514 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menurun berbanding 1,920 pada hari sebelumnya.

AS muncul negara paling terkesan di dunia ketika ini dari segi jumlah kematian dan kes jangkitan disahkan yang telah mencecah 555,313. Pakar pandemik veteran yang menerajui Institut Penyakit Berjangkit dan Alergi Kebangsaan, Anthony Fauci, berkata sebahagian lokasi negara ini boleh mula melonggarkan sekatan pada bulan depan – tetapi perlu berhati-hati.

“Saya fikir, ia mungkin boleh bermula sekurang-kurangnya dalam cara tertentu, mungkin pada bulan depan.

“Diharapkan menjelang akhir bulan, kita boleh meneliti sekeliling dan berkata: Baiklah, ada sebarang elemen di sini yang kita boleh mula tarik balik dengan selamat dan berhati-hati? – AFP