Mural kreatif di kawasan setinggan Delhi

NEW DELHI – Kawasan setinggan di bandar yang padat dengan penduduk, New Delhi telah diberikan sentuhan warna-warni, terima kasih kepada artis seni jalanan, melukis lakaran pelbagai bentuk seni dan kawasan yang sesuai untuk melakukan swafoto khususnya di kawasan yang memang jarang malah tidak wajar untuk dikunjungi.

Raghubir Nagar, sebagaimana kawasan setinggan yang lain di bandar raya yang mempunyai 20 juta orang merupakan kawasan kediaman penduduk miskin dan terpinggir dalam masyarakat India malah keluarga-keluarga ini hidup dalam kediaman yang padat dan langsung tidak mempunyai pelbagai kemudahan asas.

Tetapi kurang dalam masa satu bulan, seramai 15 hingga 20 sukarelawan telah mewarnakan hampir seratus struktur bangunan dengan pelbagai warna dengan bentuk mural di mana ia menggambarkan beberapa kriteria iaitu sifat, agama dan kehidupan penduduk setiap hari.

Membawa perubah positif

“Matlamatnya adalah untuk membawa perubahan yang positif serta memberikan keyakinan kepada penduduk tempatan di mana lazimnya akan dilupakan oleh kebanyakan penduduk India,” kata Yogesh Saini, Pengasas Street Art Delhi kepada AFP.

Inisiatif bermula atas permintaan seorang ahli parlimen tempatan yang ingin mencantikkan dan merubah kawasan tersebut yang terkenal dengan kotoran dan bau busuk dengan memasukkan elemen-elemen seni di dalamnya.

“Kami berasa sangat gembira dengan perubahan yang dilakukan di kawasan ini. Kami telah menyaksikan banyak penduduk tempatan malah orang asing mengambil gambar kawasan ini,” kata Santosh, seorang penduduk tempatan kepada AFP.

“Buat pertama kali, kami merasa seperti sama dengan masyarakat-masyarakat yang lain,” tambahnya kepada media. – AFP

Seramai 15 hingga 20 sukarelawan telah mewarnakan hampir seratus struktur bangunan dengan pelbagai warna dan bentuk-bentuk mural. – AFP
Matlamatnya adalah untuk membawa perubahan yang positif serta memberikan keyakinan kepada penduduk tempatan di mana lazimnya akan dilupakan oleh kebanyakan penduduk India. – AFP