Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murid 10 tahun baca buku dua jam sehari

    IPOH – Amalan membaca sebuah buku selama dua jam setiap hari yang sudah menjadi rutin bagi seorang kanak-kanak V. Kiranyaah, 10, patut menjadi contoh generasi masa kini.

    Murid Sekolah Kebangsaan Marian Convent itu berkata bahan bacaan seperti fiksyen menjadi kegemarannya sejak berusia empat tahun lagi.

    Minat membaca itu telah membuatkannya meminjam sebanyak 105 buku daripada Perpustakaan Tun Razak di sini sepanjang tahun lepas.

    “Saya akan membaca selama dua jam setiap hari seperti waktu tengah hari atau sebelum tidur supaya tidak mengganggu jadual pembelajaran dan kerja sekolah. Saya boleh menghabiskan 200 muka surat dalam tempoh satu jam sahaja.

    “Saya suka membaca kerana saya suka melihat gambar-gambar yang ada di dalam buku selain belajar perkataan atau ayat yang saya tidak tahu sebelum ini. Memang banyak membantu saya,” kata anak sulung dari tiga beradik itu.

    Kiranyaah ditemui pemberita selepas sambutan Hari Buku Sedunia 2021 peringkat Majlis Bandaraya Ipoh yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin di sini hari ini.

    Hari Buku Sedunia ditetapkan pada 23 April setiap tahun sejak 1995 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menggalakkan aktiviti membaca, penerbitan dan menjaga hak cipta.

    Sementara itu, Rumaizi dalam ucapannya berkata Perpustakaan Tun Razak mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak yang berminat untuk bersama-sama menaja dan menjayakan program berfaedah untuk kesejahteraan warga bandar raya Ipoh di perpustakaan berkenaan. – Bernama

    Murid Sekolah Kebangsaan Marian Convent, V. Kiranyaah mengatakan kerana minat membaca, ia telah membuatkannya meminjam sebanyak 105 buku daripada Perpustakaan Tun Razak di sini sepanjang tahun lepas.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda