Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Murid CHSK pelajari budaya Cina

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Murid-murid tadika Sekolah Chung Hwa (CHSK) Kiudang, baru-baru ini diceriakan dengan aktiviti sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.

    Tenaga pengajar mata pelajaran Cina, Lo Li Ling memimpin aktiviti berkenaan dengan tujuan kanak-kanak berpeluang mempelajari dan memahami perayaan tradisional budaya dan warisan Cina.

    Walaupun kebanyakan pelajar pada masa ini masih mengikuti pembelajaran secara dalam talian, ia tidak menghalang CHSK untuk mempromosi budaya Cina dengan menghiasi sekolah dengan tanglung dan kuplet Tahun Baharu Cina.

    Lo Li Ling memulakan aktiviti dengan mengajar ucapan Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin menggunakan gambar, lagu dan video. Di samping itu, pelajar juga berpeluang belajar dan menghiasi perkarangan sekolah dengan perhiasan yang memperlihatkan suasana Tahun Baharu Cina.

    Pelajar juga membuat kraf tanglung mereka dengan menggunakan sampul merah sebagai tanda penghargaan atas usaha semua yang terbabit untuk memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina.

    Antara murid tadika CHSK membuat kraf yang dibimbing oleh tenaga pengajar Bahasa Cina, Lo Li Ling sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...