Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Murid sekolah tidak punyai akses kepada air minuman bersih

    PARIS, 8 FEB – Satu daripada tiga kanak-kanak di seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada air minuman bersih semasa berada di sekolah, menjejaskan kesihatan dan keupayaan mereka untuk belajar, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hari ini.

    “Secara global, hampir satu daripada tiga buah sekolah tidak mempunyai air minuman daripada sumber yang lebih baik,” kata agensi kebudayaan PBB UNESCO dalam laporan baharu.

    Agensi mendapati bahawa “Satu daripada tiga buah sekolah di seluruh dunia tidak mempunyai sanitasi asas,”, manakala “hampir separuh daripada sekolah tidak mempunyai kemudahan mencuci tangan dengan air dan sabun”.

    Air minuman yang bersih dan kemudahan mencuci tangan adalah kunci untuk melindungi kanak-kanak daripada virus seperti COVID, parasit, penyakit pernafasan dan cirit-birit, kata pakar kesihatan dan pemakanan sekolah Emilie Sidaner, yang menyelia laporan itu.

    Sekolah tanpa air minuman yang bersih tidak dapat menyediakan makanan untuk pelajar, menyumbang kepada kekurangan zat makanan kanak-kanak, katanya kepada AFP.

    Kekurangan air mengalir dan sabun juga merupakan cabaran utama bagi kanak-kanak perempuan yang “tidak boleh pergi ke sekolah semasa haid”, tambahnya.

    Sebagai contoh, satu daripada empat kanak-kanak perempuan tidak pergi ke sekolah di Bhutan pada masa itu, kata Sidaner. Dan satu daripada lima terpaksa ponteng kelas semasa haid di Ivory Coast, manakala satu daripada tujuh orang ponteng sekolah atas sebab yang sama di Burkina Faso.

    “Perlu ada lebih banyak pelaburan dalam air dan sanitasi serta semua infrastruktur lain yang membolehkan pembelajaran berkualiti,” kata Sidaner.

    “Sekiranya murid tidak berada dalam keadaan sihat, cukup makan dan dilindungi di sekolah, lebih sukar bagi mereka untuk mengambil apa yang boleh diajar oleh sekolah mereka,” tambahnya. – AFP

    Akses kepada air minuman bersih dan kemudahan mencuci tangan adalah penting untuk pembelajaran, kata laporan UNESCO. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...