Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Murid tadika belajar bersemuka seminggu sekali

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Murid-murid tadika 1 dan 2 Sekolah Chung Hwa Kiudang (CHSK) kelmarin telah kembali bersekolah bagi pembelajaran secara fizikal.

    Bagi memastikan pembelajaran para murid dan juga guru serta kakitangan berjalan dengan lancar, sekolah berkenaan telah melaksanakan garis panduan dan langkah komprehensif mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan pelan kesinambungan perniagaan (BCP) sekolah yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.

    Salah satu langkah yang dilaksanakan ialah pelajar perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) di sekolah sekali seminggu, dengan hanya mereka yang menghasilkan keputusan negatif dibenarkan menghadiri kelas fizikal.

    Pemeriksaan suhu badan juga disediakan di pintu masuk sekolah dan murid-murid tadika CHSK akan menghadiri pengajaran bersemuka seminggu sekali mengikut kumpulan dan Pembelajaran Berasaskan Rumah (HBL) atau Home Learning Pack (HLP) sepanjang minggu kerana hanya 30 peratus kapasiti kehadiran dibenarkan.

    Pengetua CHSK, Loo Shee Yun mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Dia juga meluahkan rasa gembira melihat murid-murid kembali semula ke kelas fizikal pertama mereka.

    Suasana di salah sebuah bilik kelas tadika di Sekolah Chung Hwa Kiudang pada hari pertama sesi persekolahan kelmarin.
    Salah seorang murid menjalani ujian pantas antigen sebelum menghadiri kelas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...