Murray bakal dilayan sebagai ‘kerabat tenis’

MELBOURNE, 12 Jan – Pemain nombor satu dunia lelaki, Andy Murray bakal dilayan sebagai ‘kerabat tenis’ pada Terbuka Australia minggu depan dengan badan penyiaran rasmi setempat merancang untuk merujuknya sebagai ‘Sir Andy Murray’.

Pemain dari Scotland itu disenaraikan dalam New Years Honours Britain selepas kejayaan luar biasa pada tahun 2016 dan ketua-ketua tenis memikirkan bagaimana untuk memangilnya, menurut Sydney Morning Herald.

Ia dinyatakan bahawa Channel Seven memutuskan untuk merujuk juara tiga kali Grand Slam itu dengan gelaran rasmi barunya apabila dia beraksi dalam pertandingan pertamanya di Australia sejak diiktiraf oleh Ratu.

“Bukan hanya dia ‘kerabat tenis’, dia sekarang seorang ‘Knight Bachelor’, jadi sudah tentu kami akan menunjukkan rasa hormat yang layak diterimanya dan merujuknya sebagai ‘Sir Andy Murray’,” kata ketua badan penyiaran sukan, Saul Shtein.

Adik lelaki Murray, Jammie, yang beraksi dalam beregu di Antarabangsa Sydney, berkata ia adalah ‘pelik’ untuk mendengar badan penyiaran dan pengulas di Melbourne menggelar saudara kandungnya ‘Sir’.

“Jika dia keluar menuju ke gelanggang dan pengulas menggelarnya sebagai ‘Sir Andy Murray’, ia adalah pelik,” dia memberitahu Herald.

Awal minggu ini, Murray memberitahu media British dia mahu pesaingnya di atas gelanggang untuk terus memanggilnya Andy. – AFP