Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Murray bangga kembali ke Terbuka Australia

    MELBOURNE, 18 JAN – Andy Murray berkata kecederaan yang dialami hampir saja memaksanya bersara, kini segala kesakitan yang dideritanya telah diatasi selepas berjaya mencatatkan kemenangan pertama di Terbuka Australia sejak 2017, hari ini.

    Tiga kali juara Grand Slam, bermain dengan pinggul besi berikutan dengan pembedahan yang menyelamatkan kariernya pada tahun 2019, kembali  dengan kemenangan dari lima set perlawanan menentang pemain pilihan ke-21, Nikoloz Basilashvili.

    Murray yang berusia 34 tahun itu bermain dengan pemain utama Georgia hampir empat jam sebelum meraih tempatnya di pusingan kedua, di mana dia akan berdepan dengan pemain kelayakan berasal dari Jepun, Taro Daniel.

    Murray, pemain berasal dari Scotland itu, berada di ranking ke-113 dan bermain sebagai pemain utama kejohanan, menunjukkan semangat juangnya untuk mencatat kemenangan dalam set akhir dengan keputusan 6-1, 3-6, 6-4, 6-7 (5/7), 6-4. Ia adalah perlawanan pertamanya di Terbuka Australia sejak 2019, apabila dia tersingkir semasa pusingan pertama. Dia ditewaskan dan berfikir bahawa itu mungkin perlawanan terakhirnya. Dia berdepan dengan pembedahan pada pinggulnya beberapa minggu kemudian, kariernya saat itu menjadi taruhan.

    “Saya memikirkan memenangi perlawanan seperti hari ini dan bertanding menentang pemain yang berada di ranking sekitar 20 hingga 25, saya berbangga dengan itu,” ujar bekas pemain nombor satu dunia, Murray.

    “Ia tidaklah mudah. Saya bekerja keras dan berusaha. Malah, sejak pembedahan tersebut, juga terjadi beberapa isu. “Meneruskannya dan hari seperti hari ini menjadikannya berbaloi.” – AFP

    Reaksi Andy Murray selepas menewaskan Nikoloz Basilashvili dari Georgia dalam perlawanan pusingan pertama mereka pada kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, Australia, 18 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...