Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Murray enggan salahkan kecederaan

LONDON, 13 Julai – Andy Murray enggan menyalahkan masalah pinggulnya yang dialaminya bagi kekalahan lima set kepada Sam Querrey Wimbledon semalam, tetapi mengakui rehat adalah tidak menjadi persoalan.

Juara bertahan dan pemain nombor satu dunia itu tewas 3-6, 6-4, 6-7 (4/7), 6-1, 6-1 dalam suku akhir kepada pemain dari AS ranking 28 di Centre Court.

Murray tiba di All England Club merasakan kesan masalah pinggul kanannya.

Kesan terhadap beraksi lima perlawanan menjejaskannya dalam kekalahan keduanya dalam lapan pertemuan bersama pemain dari AS itu.

“Saya tidak akan menyatakannya secara terperinci mengenai isu pinggul saya,” kata Murray, 30.

Reaksi Murray ketika dia kehilangan mata kepada Sam Querrey dalam perlawanan suku akhir Wimbledon. – AP
Reaksi Murray ketika dia kehilangan mata kepada Sam Querrey dalam perlawanan suku akhir Wimbledon. – AP

“Sepanjang kejohanan, saya merasa sedikit sakit tetapi saya dapat menanganinya buat masa yang lama sepanjang kerjaya saya.

“Jelas ketika anda semakin berusia, banyak perkara menjadi sukar untuk menguruskan berbanding ketika masih muda.”

Murray, yang berkata dia memilih untuk tidak memanggil pelatihnya di atas gelanggang memandangkan “tidak banyak yang dapat dilakukannya” menegaskan tidak terdapat risiko jangka masa panjang untuknya beraksi dalam suku akhir. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -