Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray harap dapat tewaskan Marchenko

    MELBOURNE, 16 Jan – Andy Murray meletak harapan tinggi untuk meraih gelaran di Terbuka Australia dan bakal membuka tirai kempen saingannya berdepan Illya Marchenko, petang ini.

    Murray pastinya dihantui oleh lima siri kekalahan di pentas final Melbourne sebelum ini namun kini tiba dengan memegang ranking pertama dunia dan gelaran Kesatria yang diraihnya pada Penganugerahan Tahun Baharu Britain.

    Pilihan utama itu dijangka menyukarkan lawannya dari Ukraine Marchenko – pemain berusia 29 tahun yang berada di ranking 95 dunia dan pernah ditewaskan Murray pada pusingan kedua, lima tahun lalu.

    “Dia tidak mudah. Dia memberi saingan sangat sengit. Dia mempunyai sikap yang hebat,” kata Murray.

    “Banyak bermain di bahagian belakang gelanggang dan bergerak dengan baik. Dia tidak memberi terlalu banyak mata percuma kepada kamu.”

    Aksi Murray ketika menentang Marchenko semasa perlawanan pusingan pertama di kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne, Australia, kelmarin. – AP
    Aksi Murray ketika menentang Marchenko semasa perlawanan pusingan pertama di kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne, Australia, kelmarin. – AP

    Roger Federer dijadual beraksi dalam perlawanan pertama Grand Slam sejak Wimbledon selepas kembali pulih daripada kecederaan dialaminya, enam bulan lalu. Federer, 35, berdepan undian sukar dan lawan di pusingan pertamanya hari ini adalah pemain Austria, Jurgen Melzer – pemain yang pernah menewaskannya pada pertembungan terakhir di Monaco, pada tahun 2011.

    “Saya sangat gembira kerana dapat beraksi di sini dan saya mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan,” kata Federer.

    “Saya sendiri perlu berhati-hati. Jadi, saya secara jelas menjadi ‘underdog’ untuk kali ini,” tambah Federer yang menjadi pilihan ke-17 kejohanan di Melbourne. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda