Murray kejutkan Sinner dengan kemenangan

STOCKHOLM, 11 NOV – Bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray meraih kemenangan kedua 10 terbaiknya dalam masa dua minggu kelmarin dengan kemenangan set berturut-turut ke atas pilihan utama, Jannik Sinner di Stockholm.

Pemenang utama tiga kali, Murray merangkul kemenangan 7-6 (7/4), 6-3 menentang pemain nombor 10 dunia itu untuk mara ke suku akhir.

Murray juga telah menewaskan pemain Poland, Hubert Hurkacz, yang kini merupakan pemain nombor sembilan di dunia, di Vienna.

“Ia adalah perlawanan yang sangat sukar.

“Dia memukul bola dengan kuat dari belakang gelanggang jadi terdapat banyak rali yang panjang dan banyak larian,” kata Murray kepada atptour.com.

“Tetapi ia mungkin kemenangan terbaik saya musim ini. Saya mahu meneruskannya sekarang.”

Murray, yang kini berada di ran-king ke-143 dunia, akan menentang Tommy Paul dari AS untuk menda-patkan tempat dalam kelompok empat terakhir.

Paul menewaskan rakan senegara dan pilihan kelima, Taylor Fritz 6-4, 6-4. – AFP