Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    Murray kembali beraksi jun

    LONDON, 29 MEI – Andy Murray akan kembali daripada masalah kecederaan terbaharu yang dialaminya pada 23 Jun dalam satu kejohanan yang dianjurkan oleh abangnya Jamie dengan tujuan mengumpul dana untuk badan kebajikan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK.

    Jamie Murray telah membantu menganjurkan kejohanan di sebalik pintu tertutup digelar ‘Pertarungan Schroeders Britain. Acara itu, yang berlangsung dari 23 hingga 28 Jun, akan menyaksikan adik-beradik Murray dan rakan pemain British Kyle Edmund dan Dan Evans bertarung di pusat Persatuan Tenis Roehampton di London.

    Ia akan disiarkan secara langsung di Amazon Prime dan bertujuan mengumpul sekurang-kurangnya 100,000 pound untuk NHS.

    Dengan musim ATP dan WTA ditunda disebabkan koronavirus, kemunculan pertama Murray sejak final kejohanan Piala Davis pada November akan dialu-alukan oleh peminat tenis.

    “Tempoh beberapa bulan lalu telah menjadi masa amat mencabar untuk semua orang dan kami melihat acara ini sebagai satu cara untuk mengembalikan kepada komuniti,” kata Jamie Murray.

    “Banyak kerja yang telah dilakukan untuk memastikan ia berlaku dan kami berasa amat teruja kerana dapat mengembalikan tenis sepanjang minggu, sementara mengumpul dana untuk adiwira NHS sebagai tanda terima kasih atas kerja luar biasa yang telah dilakukan oleh mereka.”

    Sebelum lockdown, bekas pemain nombor satu dunia Andy Murray telah kembali ke gelanggang selepas disingkirkan disebabkan satu lagi kecederaan yang dialaminya.

    Pemain berusia 33 tahun itu gagal beraksi selama tiga bulan disebabkan didiagnosis lebam tulang.

    Murray, juara Wimbledon dua kali, percaya masalah itu merupakan ketumbuhan tulang yang dikaitkan dengan pembedahan pinggul yang dijalaninya pada Januari 2019. – AFP

    Andy Murray tidak beraksi sejak final kejohanan Piala Davis pada November disebabkan kecederaan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...