Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray mara, dekati gelaran pertama

    MELBOURNE, 20 Jan – Andy Murray menumpaskan Sam Querrey hari ini apabila dia mengukuhkan perjuangannya untuk memburu gelaran pertama Terbuka Australia selepas penyingkiran mengejut juara enam kali, Novak Djokovic.

    Murray menyaksikanapabila pemain pilihan kedua Djokovic, penakluknya dalam empat perlawanan akhir Melbourne, mengalami kekalahan mengejutkan kepada Denis Istomin, pemain yang berada pada ranking ke-117, semalam.

    Querrey juga mengejutkan Djokovic di Wimbledon tahun lalu, namun Murray, yang dikurniakan darjah penghormatan Britain pada Tahun Baru, tidak tergugat dalam pusingan ketiga.

    Murray telah menyingkirkan Querry dengan 6-4,6-2,6-4 dalam tempoh hanya kurang dua jam, memenangi 77 peratus mata pada servis pertamanya dan hanya berdepan tiga mata penamat dalam paparan klinikal.

    Pemain Scotland itu juga tidak menunjukkan tanda tidak selesa dengan buku lali kanannya, selepas dia menggosoknya dalam kesakitan ketika kemenangannya pada pusingan kedua ke atas Andrey Rublev.

    “Saya merasa semakin baik ketika perlawanan berjalan dari segi pergerakan saya,” ujarnya.

    “Buku lali sakit sedikit dan saya sedikit tentatif pada awalnya, tetapi semakin baik dan baik sepanjang perlawanan.’

    Perjuangan Murray seterusnya ialah pertemuan dengan Mischa Zverev, abang kepada pemain remaja Jerman, Alexander yang berjaya dalam empat set menentang Malek Jaziri dari Tunisia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda