Murray minat sertai Terbuka Perancis

PARIS, 24 APRIL – Andy Murray berkata dia ‘semestinya’ bermain dalam Terbuka Perancis yang telah dijadualkan semula pada bulan September, jika ia boleh diteruskan seperti yang dirancang.

Musim tenis telah dihentikan kerana pandemik koronavirus sejak bulan lepas dan tidak akan disambung sehingga seawal pada pertengahan bulan Julai.

Wimbledon telah dibatalkan dan penganjur Roland Garros secara kontroversi telah memindahkan Terbuka Perancis sehingga 20 September sehingga 4 Oktober, memulakan kejohanan seminggu selepas berakhirnya Terbuka AS, dari tarikh kebiasaan pada bulan Mei.

“Saya semestinya akan bermain di gelanggang tanah liat, jika ia diteruskan,” bekas pemain nombor satu, Murray memberitahu CNN.

“Saya sedikit ragu sama ada ia diteruskan. Saya hanya membayangkan tenis akan menjadi sukan terakhir untuk kembali seperti biasa kerana dengan jelas anda mempunyai pemain, jurulatih dan pasukan dari seluruh dunia di dalam satu tempat.

“Saya akan merasa terkejut jika mereka kembali pada bulan September, tapi kita akan saksikan.”

Murray dikhabarkan akan kembali selepas kecederaan pinggang ketika Terbuka Miami bulan lepas. – AFP

Pemain tenis, Andy Murray berkata dia berminat untuk menyertai Terbuka Perancis jika ia dilangsungkan seperti yang dijadualkan. – AP