Murray optimis kembali

LONDON, 22 Mei – Andy Murray (gambar bawah) yakin dapat kembali kepada pertandingan kompetitif dan membayangkan tempat beregu di Wimbledon yang diilhamkan oleh pemain Amerika Syarikat Bob Bryan yang hebat selepas pembedahan pinggul.

Juara Wimbledon dua kali, 32, pada Januari mengumumkan rancangan untuk bersara selepas Wimbledon tahun ini akibat kecederaan tetapi menyatakan keraguan sama ada ia akan menyertai All England Club.

Pemain dari Scotland itu tidak menolak penampilan perseorangan hampir empat bulan selepas pembedahan pinggul yang mengancam kerjayanya tetapi yakin boleh kembali dengan acara beregu lelaki.

Bekas pemain nombor satu dunia itu pada Selasa memberitahu, peluangnya untuk bermain dalam acara perseorangan untuk musim gelanggang rumput ‘amat sedikit’.

“Kemungkinan beregu tetapi saya cuba bersiap sedia untuk perseorangan sekarang,” katanya. “Perkara yang saya katakan tadi ialah jika saya tidak berasa baik, saya lebih banyak peluang bermain dan kemudian berhenti selepas Wimbledon.” – AFP