Murray rekod kemenangan ke-25

DOHA, 4 Jan – Andy Murray memulakan tahun 2017 tempat di mana dia menamatkan tahun lepas, menewaskan Jeremy Chardy dalam ‘straight set’ bagi musim pembukaan di Qatar semalam untuk merekodkan kemenangan ke-25 berturut-turutnya.

Pemain nombor satu dunia itu mencatatkan kemenangan pusingan pertama, 6-0, 7-6 (7/2), memenangi set pertama dengan masa 20 minit sebelum pemain dari Perancis itu memperbaiki kedudukan pada set kedua.

“Bagi kedudukan saya, saya merasakan seperti memukul bola dengan bersih,” kata Murray.

“Saya tidak banyak terlepas pukulan, membuat pergerakan menarik, melakukan servis, terutama dalam ‘tiebreak’. Bagi pertandingan pertama, ia adalah bagus.”

Kali terakhir Murray ditewaskan adalah pada September oleh Juan Martin del Porto dari Argentina dalam Piala Davis, lebih dari 100 hari lalu.

Aksi Andy Murray ketika mengembalikan pukulan bola kepada Jeremy Chardy dalam hari keempat Terbuka Qatar di Doha kelmarin. – AFP
Aksi Andy Murray ketika mengembalikan pukulan bola kepada Jeremy Chardy dalam hari keempat Terbuka Qatar di Doha kelmarin. – AFP

Kekalahan dalam pertandingan terakhirnya terjadi lebih awal pada bulan yang sama kepada Kei Nishikori dari Jepun pada suku akhir Terbuka AS.

Ketika menamatkan tahun hebatnya pada 2016, pemain dari Britain itu masih kekal tanpa kalah dan mendapatkan kedudukan nombor satu dunia daripada Novak Djokovic.

Biarpun melanjutkan kemenangan berturut-turutnya, Murray berkata kemenangan di Doha dirasakan seperti satu ‘permulaan baru’. – AFP