Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Murray sokong Federer sebagai kapten Piala Laver

    LONDON, 27 SEPT – Andy Murray menyokong Roger Federer sebagai bakal kapten Piala Laver selepas Bjorn Borg menyatakan edisi keenam di Vancouver tahun depan, mungkin menjadi yang terakhir baginya.

    Federer mengucapkan selamat tinggal kepada tenis profesional pada kejohanan di London pada hujung minggu, bermain beregu bersama saingan hebat Rafael Nadal pada Jumaat dalam perlawanan kompetitif terakhirnya, yang berakhir dengan kekalahan.

    Pasukan Eropah mengalami kekalahan 13-8 kepada Pasukan Dunia dalam kejohanan Piala Ryder untuk memastikan Federer, 41, dinafikan menjulang trofi yang terakhir, dengan jawatan kapten akan dibuka apabila Borg dari Sweden berundur.

    Federer, yang memenangi 20 Grand Slam dalam karier gemilangnya, berkata dia tidak mempunyai rancangan segera selepas menggantung raketnya tetapi berkemungkinan dia mahu terus terlibat dalam Piala Laver, yang dibantu tubuhkannya.

    “Saya pasti Roger akan terus terlibat dalam acara itu dalam beberapa kapasiti dan mungkin satu hari akan menjadi ketua pasukan,” kata Murray.

    Reaksi Andy Murray semasa perlawanan menentang Jack Sock dari Pasukan Dunia dan Felix Auger-Aliassime pada hari terakhir kejohanan tenis Piala Laver di O2, London, 25 September. – AP7

    “Lihat, dia hebat di sisi (kejurulatihan). Dia banyak menonton tenis, dia suka permainan.

    “Saya fikir bagi bekas pemain yang menyertai kejurulatihan, saya kira itu penting untuk mengikuti perkembangan terkini dan mengetahui banyak perkara bagi pemain.”

    Murray membuat penampilan sulung Piala Laver di arena O2 London, menyertai ahli empat bintang yang lain dengan Federer, Nadal dan Novak Djokovic dalam bersaing untuk Pasukan Eropah.

    Djokovic turut menyuarakan harapannya agar Federer beralih kepada kejurulatihan.

    “Saya kira Roger boleh menawarkanpengalaman luasnya,” katanya. “Maksud saya adalah logik untuk mengharapkan dia dapat berkongsi begitu banyak perkara yang berguna dan berharga dengan sesiapa sahaja.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...