Murray tidak menaruh harapan tinggi

LONDON, 24 JUN – Andy Murray menegaskan bahawa dia tidak menaruh sebarang harapan yang tinggi terhadap kepulangannya daripada kecederaan walaupun memenangi perlawanan pertamanya selama tujuh bulan di kejohanan Battle of the Brits kelmarin.

Murray, 33, berhasrat untuk menyertai kejohanan Grand Slam untuk pertama kalinya sejak Januari 2019 di Terbuka AS dan Terbuka Perancis dalam beberapa bulan ini.

Beliau menjalani pembedahan pinggul yang menyelamatkan kariernya pada tahun 2019, sebelum dibelenggu kecederaan dalam tempoh yang panjang di bahagian pelvis.

Murray menunjukkan masih perlu banyak berlatih sebelum kembali, tetapi masih dalam keadaan baik ketika bermain menentang pemain nombor 211 dunia, Liam Broady dan memenangi perlawanan 6-2, 6-2 di Pusat Tenis Nasional di Roehampton.

“Betul begitu,” kata Murray mengenai harapannya yang rendah.

“Saya mengalami banyak masalah kecederaan, sekarang saya sangat lambat sehingga tidak mengharapkan banyak.

“Untuk perlawanan pertama dalam tujuh bulan, saya tidak banyak berlatih, saya tidak melakukannya dengan baik dalam latihan, tidak apa-apa.”

Selanjutnya, Murray bakal berdepan pemain nombor dua Britain, Kyle Edmund Rabu ini. – AFP

Aksi Andy Murray pada kejohanan yang lalu, Murray menegaskan bahawa dia tidak menaruh sebarang harapan yang tinggi terhadap kepulangannya daripada kecederaan. – AP