Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray tundukkan Benoit Paire

    LONDON, 11 Julai – Juara bertahan, Andy Murray telah meraih slot suku akhir Wimbledon buat kali ke-10 berturut-turut semalam, dengan diikuti oleh Roger Federer, sementara Rafael Nadal tersungkur.

    Pemain pilihan utama, Murray menang selesa 7-6 (7/1), 6-4, 6-4 ke atas Benoit Paire dari Perancis, yang cuba mara ke lapan pemain terakhir buat pertama kali di kejohanan itu.

    Pemain nombor satu dunia, Murray akan berdepan Sam Querrey, yang didahuluinya dengan 7-1 dalam pertembungan sepanjang kerjaya antara keduanya, bagi tempat di separuh akhir.

    “Saya fikir saya telah bermain dengan baik. Mungkin beberapa permainan servis yang cuai dalam set pertama, tetapi pukulan itu setakat ini yang terbaik saya telah lakukan dalam kejohanan ini. jadi saya gembira mengenainya,” kata Murray.

    Hanya Roger Federer dan Jimmy Connors (11) telah mencapai lebih banyak aksi suku akhir Wimbledon berbanding Murray. – AFP

    Reaksi Andy Murray ketika meraih mata ke atas Benoit Paire dari Perancis dalam aksi hari ketujuh Wimbledon. - AP
    Reaksi Andy Murray ketika meraih mata ke atas Benoit Paire dari Perancis dalam aksi hari ketujuh Wimbledon. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda