Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Murray undur diri kejohanan Queen’s

    LONDON, 14 JUN – Andy Murray terpaksa mengundurkan diri dari kejohanan Queen’s disebabkan kecederaan, tetapi masih berharap untuk kembali cergas bagi menyertai pertandingan di Wimbledon nanti.

    Juara Grand Slam tiga kali itu menjalani pemeriksaan imbasan kelmarin, yang menunjukkan kekejangan pada abdomen sebelah kirinya selepas berdepan dengan kekalahan pada perlawanan akhir Terbuka Stuttgart kepada Matteo Berrettini, baru-baru ini.

    “Selepas menjalani pemeriksaan imbasan petang hari ini, kecederaan pada abdomen bermakna saya tidak dapat menyertai perlawanan di Queen’s pada tahun ini,” kata Murray.

    “Pertandingan itu sangat penting buat saya dan berasa kecewa kerana tidak dapat bertanding, terutamanya selepas beraksi dengan baik dalam beberapa perlawanan,” katanya lagi.

    Murray terlepas Terbuka Perancis kerana ingin menumpukan perhatian pada perlawanan di Stuttgart dan Surbiton, beberapa minggu lebih awal yang meletakkan dia kembali ke ranking dunia ke-50.

    Sementara itu, kejohanan Wimbledon akan berlangsung pada 27 Jun ini.

    Terdahulu, pemain nombor satu dari Britain, Cameron Norrie ditewaskan dalam pusingan pertama ketika bekas juara, Grigor Dimitrov meraih 3 set kemenangan dengan keputusan 6-7 (2/7), 6-1, 6-4. Walaupun pada set pertama dia mengalami kesukaran untuk mencipta break point, Norrie gagal menyambar kemenangan setelah pemain Bulgaria itu berjaya menguasai permainan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi Andy Murray semasa perlawanan menentang Matteo Berrettini di Stuttgart, Jerman, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...