MONACO, 20 April – Pemain pilihan utama, Andy Murray mensia-siakan pendahuluan 4-0 dalam set penentuan dalam pusingan ketiga malam tadi, menyaksikan pemain pilihan ke-15, Albert Ramos-Vinolas menang 2-6, 6-2, 7-5 di Monte Carlo Masters.
Murray, yang kembali daripada kecederaan siku kanan, kelihatan berkarat di atas permukaan tanah liat dan bergelut dengan servisnya dalam perlawanan yang berlangsung sehingga dua jam setengah.
“Saya kecewa untuk kalah daripada kedudukan di mana saya mendahului,” kata Murray, pemenang tempat kedua Terbuka Perancis tahun lepas.
“Setelah mensia-siakan pendahuluan 4-0 di set penentuan, saya tidak pernah kalah dalam banyak perlawanan seperti itu dalam kerjaya saya.”
Ramos-Vinolas akan berdepan dengan pemain pilihan kelima, Marin Cilic dalam peringkat suku akhir.
Bekas juara Terbuka Perancis dan Monte Carlo, Stan Wawrinka mengikut jejak langkah Murray selepas tewas 6-4, 6-4 kepada pemain pilihan k-16, Pablo Cuevas dari Uruguay. – AP