Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Musabaqah Al-Quran bermula 21 November ini

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Seramai 54 peserta terdiri daripada 41 qari dan 13 qariah akan memperdengarkan bacaan masing-masing semasa musabaqah membaca Al-Quran yang bermula 21 November di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) hari ini, Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444H/2023M anjuran KHEU melalui Bahagian Kemajuan Syiar Islam itu akan diadakan selama empat hari hingga 24 November.

    Sementara itu, pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah serta cenderamata akan diadakan 24 November di tempat yang sama.

    Orang ramai juga boleh mengikuti musabaqah tersebut secara langsung melalui akaun Instagram rasmi KHEU @kheu.brunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...