Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Musetti rangkul gelaran sulung ATP

    HAMBURG, 25 JULAI – Pemain muda Itali, Lorenzo Musetti berjaya menewaskan Carlos Alcaraz dalam perlawanan akhir dramatik untuk merangkul gelaran Jelajah ATP pertamanya di acara gelanggang tanah liat di Hamburg kelmarin.

    Pemain berusia 20 tahun itu menyaksikan lima mata perlawanan datang dan pergi pada set kedua sebelum akhirnya melakar kemenangan 6-4, 6-7 (6/8), 6-4.

    “Saya masih terkejut dengan kemenangan ini. Ia merupakan perlawanan yang sangat sengit dari awal hingga akhir permainan,” kata Musetti.

    “Saya mempunyai banyak mata perlawanan. Namun Carlos tetap beraksi hebat dan saya juga mempunyai begitu banyak peluang,” tambahnya.

    Alcaraz, yang bakal menjadi pemain termuda di ranking lima teratas dunia sejak Rafael Nadal pada 2005 pada Isnin lalu, terlepas gelaran ATP keenamnya apabila tewas di final buat kali pertama.

    Dalam aksi kelmarin, remaja Sepanyol itu dilihat menuju kekalahan dalam straight set, tetapi bangkit menyelamatkan dua mata perlawanan sebelum Musetti melakukan servis untuk menjamin kejuaraan apabila mendahului 5-4 pada set kedua.

    Pemain nombor 62 dunia itu turut terlepas tiga lagi mata perlawanan dalam tie-break.

    “Sudah tentu saya sangat kecewa (selepas kehilangan mata perlawanan), tetapi saya cuba untuk tidak menunjukkan reaksi saya kepada lawan,” kata Musetti, yang beraksi pada final ATP pertamanya. – AFP

    Reaksi Lorenzo Musetti memegang trofi selepas menewaskan pemain Sepanyol Carlos Alcaraz, pada kejohanan tenis Hamburg, Jerman kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...