Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Musetti tundukkan Bedene

    UMAG, CROATIA, 27 JULAI — Pemain pilihan kelapan, Lorenzo Musetti telah mengungguli ranking 50 teratas pertamanya selepas menewaskan Aljaz Bedene 6-2, 3-6, 6-1 pada pusingan pembukaan Terbuka Croatia kelmarin.

    Pemain Itali berusia 20 tahun itu melonjak ke ranking 31 selepas mengecewakan pilihan utama, Carlos Alcaraz 6-4, 6-7 (6), 6-4 pada perlawanan akhir Terbuka Eropah Hamburg pada Ahad lalu untuk kejuaraan peringkat jelajah pertamanya.

    Musetti seterusnya akan menentang rakan senegara dari Itali, Marco Cecchinato.

    Sementara itu, pemain pilihan kelima, Alex Molcan dari Slovakia juga mara dengan mencatat kemenangan 6-2, 7-6 (2) ke atas Duje Ajdukovic dari Croatia.

    Manakala pilihan keenam dari Jerman, Daniel Altmaier dikecewakan oleh pemain kelayakan Perancis, Corentin Moutet 6-4, 6-2.

    Dalam pusingan pembukaan seluruh Argentina, Facundo Bagnis menewaskan Tomas Martin Etcheverry 7-5, 6-3.

    Federico Delbonis, juga dari Argentina, disingkirkan oleh pemain bertuah Slovakia, Norbert Gombos 6-4, 5-7, 6-4.

    Manakala pemain Sepanyol, Bernabe Zapata Miralles menang 6-4, 3-0 menentang Dino Prizmic apabila lawannya dari Croatia bersara.

    Pemain kelayakan Itali, Franco Agamenone turut melayakkan diri dengan menewaskan pemain Serbia, Laslo Djere 7-6 (8), 2-6, 7-5. – AP

    Aksi Lorenzo Musetti dari Itali mengem-balikan bola kepada Carlos Alcaraz, semasa perlawanan akhir kejohanan tenis Hamburg, Jerman pada 24 Julai 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...