Musim Audi paling berjaya

HOCKENHEIM, 7 OKT – Pada perlumbaan akhir DTM 2019, jenama empat cincin sekali lagi tidak memberikan peluang kepada pesaingnya sekali gus mencatat musim DTM paling berjaya dengan meraih tiga kemenangan pada finale di Hockenheim.

Dua belas kemenangan, 12 kali bermula di petak pertama, 12 kali mencatat pusingan terpantas, 40 daripada 54 perlumbaan selesai di podium: Audi RS 5 DTM dengan enjin turbo baharu dua liter empat silinder adalah kunci kepada kejayaan di DTM 2019. Dalam kategori pengeluar, Audi meraih 1,132 mata – lebih dua kali ganda berbanding BMW.

Selepas Rene Rast meraih gelaran juara pada perlumbaan di Nurburgring sebelum ini, Nico Muller berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Marco Wittmann dari BMW.

Dalam kejuaraan pasukan, tiga pasukan Audi Sport iaitu Rosberg, Abt Sportsline dan Phoenix telah meraih tiga tempat teratas.

Garaj Audi Sport Team Abt Sportsline turut bergembira menyaksikan Nico Muller meraih kemenangan ketiga musim ini ditambah lagi dengan Mike Rockenfeller dan Rene Rast masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Walaupun trek basah selepas hujan, kehebatan Nico Muller dari Audi Sport Team Abt Sportsline tidak dapat dinafikan pada Ahad: dari kedudukan petak pertama, pelumba Switzerland itu meraih kemenangan bergaya walaupun kehilangan masa di perhentian pit sehingga ketinggalan sedikit di belakang Rene Rast.

(Dari kiri) Felix Fechner, Mike Rockenfeller, Nico Muller dan Rene Rast meraikan kejayaan di podium kelmarin.