Musim bola sepak Perancis berakhir, PSG sebagai juara

PARIS, 1 MEI – Liga bola sepak Perancis (Ligue 1) mengisytiharkan musimnya berakhir semalam, dengan Paris Saint-Germain (PSG) dinobatkan sebagai juara Ligue 1.

PSG mendahului di takhta liga dengan 12 mata dari Marseille ketika musim ditangguhkan pada pertengahan bulan Mac kerana wabak koronavirus, yang telah membunuh lebih dari 24,000 orang di Perancis.

Pengumuman oleh LFP datang setelah Perdana Menteri Edouard Philippe mengatakan pada Selasa lalu bahawa liga sukan profesional, terutama bola sepak, tidak dapat dimulakan semula kerana risiko yang berkaitan dengan wabak itu.

“Tidak ada keraguan mengenai deklarasi ini. Kami perlu membuat keputusan akhir mengenai musim ini.

Kami mengakui bahawa musim 2019-20 sudah berakhir,” kata presiden LFP Nathalie Boy de la Tour, dalam panggilan konferensi dengan wartawan. Kemungkinan juga langkah itu diikuti oleh Belanda, yang memutuskan untuk membatalkan musim mereka tanpa juara, degradasi atau promosi liga utama, LFP mengatakan kedudukan akhir disusun berdasarkan mata rata dalam perlawanan.

Penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe bercakap dengan jurulatihnya, Thomas Tuchel ketika dia meninggalkan padang semasa perlawanan bola sepak Ligue 1 Perancis antara PSG dan Montpellier Herault SC di Stadium Parc des Princes di Paris, pada 1 Februari. – AFP

Berbaki 10 pusingan perlawanan ketika kempen itu dihentikan, walaupun PSG dan Strasbourg kedua-duanya masih memiliki perlawanan.

Dengan keputusan itu juga, Marseille dan Rennes akan layak ke Liga Juara-Juara musim depan, sementara Lille di tempat keempat akan bermain di Liga Europa.

Toulouse dan Amiens, dua pasukan tercorot, tersingkir, dengan Lorient dan Lens akan dipromosi dari Ligue 2. Kelayakan ke Liga Eropah pula bergantung pada sama ada perlawanan akhir kedua-dua piala domestik diteruskan atau tidak.

Perhimpunan ramai tetap dilarang di Perancis hingga September. Namun, jika pemerintah Perancis dan UEFA menerima, kedua-dua perlawanan akhir piala Perancis masih dapat diadakan pada bulan Ogos kerana kelayakan ke Eropah masih belum diisi.

PSG dijadualkan menentang Lyon bagi perlawanan akhir Piala Liga dan Saint-Etienne bagi perlawanan akhir Piala Perancis.

Sekiranya kejohanan dimainkan, Lyon dan Saint-Etienne akan layak ke Liga Europa dengan kemenangan. – AFP