Musim ribut Texas jejas operasi Shell

LONDON, 7 APRIL – Royal Dutch Shell meramalkan hari ini bahawa ribut musim sejuk Texas tahun ini akan menjejaskan kos syarikat gergasi tenaga Anglo-Belanda hingga AS$200 juta pada suku pertama.

“Ribut musim sejuk di Texas memberi kesan kepada operasi kami dan dijangka akan memberikan kesan buruk keseluruhan hingga AS$200 juta pada pendapatan,” kata Shell dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, Shell mengalami kerugian AS$21.7 bilion ketika kilang dan pesawat ditutup kerana wabak koronavirus.

Ribut Texas dijangka mengurangkan pengeluaran antara 10,000 hingga 20,000 tong minyak setiap hari selama tiga bulan hingga akhir Mac, kata kenyataan itu.

Jumlah pengeluaran dijangka meningkat antara 2.4 dan 2.475 juta boepd, meningkat dari 2.371 juta pada suku keempat. – AFP