Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Musk aktifkan perkhidmatan Starlink di Ukraine

    WASHINGTON, 27 FEB – Elon Musk berkata kelmarin bahawa perkhidmatan jalur lebar satelit Starlink syarikat SpaceX telah diaktifkan di Ukraine, selepas seorang pegawai Kyiv menggesa syarikat teknologi itu untuk menyediakan stesen di negaranya yang diserang.

    “Perkhidmatan Starlink kini aktif di Ukraine,” kata Musk di laman Twitter, sambil menambah ‘lebih banyak terminal bakal dilancarkan.’

    Kenyataan Musk di laman Twitter keluar kira-kira 10 jam selepas Menteri Transformasi Digital Ukraine, Mykhailo Federov menggesa Musk untuk menyediakan perkhidmatan Starlink di Ukraine, beberapa hari selepas ia diserang oleh Rusia.

    “Semasa awda cuba menjajah Marikh, Rusia cuba menjajah Ukraine, walaupun roket awda berjaya mendarat dari angkasa, roket Rusia pula menyerang rakyat Ukraine, kami meminta awda menyediakan stesen Starlink kepada Ukraine,” menurut kenyataan yang ditulis oleh Fedorov kepada Musk menerusi laman Twitter.

    Beliau juga menyeru jutawan itu ‘untuk menghadapi dan mengatasi masalah orang Rusia yang waras’ supaya menentang serangan yang dilancarkan oleh kerajaan mereka. Pemantau Internet NetBlocks berkata Ukraine telah menyaksikan ‘beberapa siri gangguan ketara kepada perkhidmatan Internet’ sejak Khamis lalu, apabila Rusia melancarkan operasi ketenteraan di negara tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...