Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Musk bakal cipta implan otak manusia?

    SAN FRANCISCO, 1 DIS – Bilionair Elon Musk berkata semalam bahawa dalam tempoh enam bulan, salah sebuah syarikat miliknya akan mengeluarkan peranti untuk diimplan dalam otak manusia yang membolehkannya berkomunikasi dengan komputer.

    Peranti pemuka itu, dikeluarkan oleh firma Neuralink, membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung dengan komputer menerusi fikirannya, kata beliau.

    “Kami telah menghantar kertas kerja kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan kami rasa mungkin dalam masa enam bulan ini kami berupaya mengeluarkan Neuralink pertama kami untuk manusia,” kata beliau dalam satu pembentangan.

    “Kami telah bekerja keras untuk mempersiapkan diri untuk implan manusia pertama, dan jelasnya kami mahu berhati-hati dan memastikan ia akan mencatat kejayaan sebelum kami meletakkan peranti ini dalam manusia,” katanya. Prototaip itu, yang mempunyai saiz sekeping duit syiling, telah diimplan dalam tengkorak kera.

    Pada pembentangan Neuralink, syarikat itu menunjukkan beberapa kera ‘bermain’ permainan asas video atau menggerakkan kursor di skrin menerusi implan Neuralink. Musk berkata syarikatnya akan menggunakan implan itu untuk memulihkan penglihatan dan pergerakan dalam manusia. – AFP

    Elon Musk semasa membuat pembentangan mengenai peranti yang akan diimplan dalam otak manusia untuk membolehkannya berkomunikasi dengan komputer. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...