Musk diselar warganet China

BEIJING, 28 DIS – Pengguna laman web China hari ini bertindak menyelar Elon Musk selepas Beijing mendakwa stesen angkasanya terpaksa mengelak dua satelit SpaceX kepunyaan jutawan teknologi itu.

Situasi itu ternyata memberi tamparan hebat kepada reputasi jutawan itu, di negara yang menggunakan kereta elektrik Tesla keluaran syarikat Musk.

Stesen angkasa Tiangong milik China terpaksa mengambil tindakan untuk mengelak berlaku pelanggaran semasa berdepan dengan dua objek, iaitu satelit Starlink SpaceX.

Mengikut dokumen yang dihantar oleh Beijing kepada agensi angkasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan ini, insiden tersebut berlaku pada Julai dan Oktober.

“Strategi olah gerak tidak diketahui dan ralat orbit sukar nilai,” dakwa Beijing susulan satelit yang terbabit dengan insiden berkenaan pada Oktober. -AFP