Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Musk jual saham Tesla bernilai AS$4b

    DETROIT, 29 APRIL – Elon Musk telah menjual 4.4 juta saham Tesla bernilai kira-kira AS$4 bilion, kemungkinan besar untuk membantu membiayai pembelian Twitter.

    Musk melaporkan penjualan tersebut dalam fail dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran semalam. Saham dijual dalam tempoh beberapa hari lalu, pada harga daripada AS$872.02 kepada AS$999.13.

    Lelaki terkaya dunia itu, yang menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, berkata di Twitter beliau tidak merancang penjualan lanjut saham syarikatnya. Kebanyakan jualan berlaku pada Selasa, apabila saham Tesla ditutup merosot 12 peratus, kemerosotan terbesar dalam sehari.

    Penganalisis berkata pelabur Tesla bimbang Musk akan mengalihkan perhatian kepada Twitter dan kurang membabitkan diri dalam pengendalian syarikat kereta elektrik itu.

    Nampaknya Musk akan meminjam AS$25.5 bilion daripada beberapa bank untuk membayar pengambilalihan Twitter, tetapi jualan saham berpotensi membiayai beberapa bayaran tersebut.

    Perjanjian untuk membeli Twitter pada AS$54.20 sesaham diumumkan pada awal minggu ini dan dijangka ditutup pada tahun ini. Namun sebelum perjanjian selesai, pemegang saham perlu campur tangan. Begitu juga dengan badan pengawal selia di AS dan negara di mana Twitter menjalankan perniagaan.

    Saham Tesla ditutup semalam merosot kepada AS$877.51. Saham-saham berkenaan telah merosot 17 peratus setakat ini pada tahun ini. – AP

    Gambar fail menunjukkan Elon Musk semasa menghadiri pembukaan kilang Tesla Berlin Brandenburg di Gruenheide, Jerman. Musk telah menjual 4.4 juta saham Tesla bernilai kira-kira AS$4 bilion untuk membantu membiayai pembelian Twitter. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...