Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Musk perlu tempoh siap sedia perbicaraan saman

    SAN FRANCISCO, 17 JULAI – Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memberi tindak balas pada Jumaat lalu atas dakwaan Twitter yang mahu memaksanya menyelesaikan pemerolehan platform media sosial itu yang bernilai AS$44 bilion, menurut beberapa laporan berita.

    Dalam pemfailan dengan Mahkamah Chancery Delaware, peguam Musk menuduh Twitter tidak mengeluarkan maklumat tentang akaun palsu dalam platform tersebut – yang menjadi persoalan Musk buat waktu yang lama – dan sengaja melambatkannya, dengan respons yang mengelak daripada persoalan itu dan terdapat masalah teknikal. Pemfailan itu juga mempertikaikan permintaan Twitter untuk mempercepatkan perbicaraan, mendakwa bahawa ia akan mengambil masa berbulan-bulan untuk mendapatkan maklumat daripada Twitter dan mengeluarkan beberapa saksi mengenai akaun palsu itu.

    Pada April lalu, Musk berjanji untuk membayar AS$54.20 sesaham kepada Twitter, yang bersetuju dengan syarat tersebut selepas menarik balik penentangan awalnya terhadap perjanjian tersebut.

    Tetapi kedua-dua pihak telah bersiap sedia untuk saling mencabar dalam perbicaraan sejak Musk berkata pada minggu yang lalu bahawa dia berundur daripada perjanjiannya untuk membeli syarikat berkenaan.

    Dakwaan yang difailkan itu mengulangi beberapa tuduhan lain yang dikemukakan oleh Musk sebelum ini, termasuk dakwaan bahawa Twitter melanggar perjanjian pemerolehan apabila ia memecat dua pengurus tertinggi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

    Twitter telah memfailkan dakwaan ke Mahkamah Chancery Delaware, yang sering mengendalikan kes perniagaan di kalangan beberapa buah syarikat, termasuk Twitter, yang ditubuhkan di sana. – AP

    Gambar fail Elon Musk semasa acara bagi mendedahkan model terbaharu Tesla di Hawthorne, California, 14 Mac 2019. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...