Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Musk ugut tarik balik bidaan Twitter

    NEW YORK, 7 JUN – Elon Musk kelmarin membuat ugutan untuk menarik balik bidaannya untuk membeli Twitter dan menuduh syarikat tersebut gagal memberikannya data mengenai akaun palsu.

    “Twitter telah melanggar tanggungjawabnya di bawah perjanjian penggabungan dan Elon Musk mempunyai hak untuk tidak melaksanakan transaksi tersebut,” menurut dokumen yang difailkan dengan pengawal selia sekuriti.

    Pemfailan itu menandakan peningkatan kenyataan Musk sebelum ini yang telah menekankan akaun palsu sebagai ancaman kepada cadangan perjanjian AS$44 bilion untuk mengambil alih Twitter.

    Musk sebelumnya telah bersetuju dengan perjanjian pada akhir April lalu untuk membeli Twitter.

    Tetapi cadangan penjualan Twitter telah mencetuskan bantahan daripada pengkritik yang memberi amaran bahawa pengawasannya akan mendorong kumpulan kebencian dan kempen penipuan maklumat.

    Sementara itu, pengawal selia sekuriti AS juga telah mendesak Musk untuk memberikan penjelasan mengenai kelewatan untuk melaporkan pembelian saham Twitter.

    Manakala itu, beberapa pemerhati telah melihat Elon Musk seolah-olah seperti mempersoalkan program rangkaian Twitter sebagai cara untuk menamatkan proses pengambilalihannya atau untuk menekan Twitter supaya menurunkan harga. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...