Musk yakin bina kereta automatik akhir 2020

SHANGHAI, 9 JULAI – Pengasas Tesla, Elon Musk berkata hari ini syarikat auto yang diiktiraf paling bernilai baru-baru ini boleh mencapai matlamat kereta autonomi (pandu sendiri) sepenuhnya menjelang akhir 2020.

Musk yang membuat ramalan awal tentang penciptaan kereta-kereta autonomi sepenuhnya sebelum ini, menawarkan jadual kemas kini dalam mesej yang dirakamkan awal semasa pameran teknologi Shanghai.

“Saya sangat yakin yang ia ‘Tahap 5’, atau autonomi sepenuhnya, akan berlaku, dan saya rasa akan terjadi sangat pantas,” kata Musk. “Saya amat yakin yang kami akan menyediakan kefungsian asas….diselesaikan tahun ini.”

Pada tahun lalu, Musk telah berkata Tesla mungkin membangunkan teknologi bagi kenderaan autonomi sepenuhnya menjelang 2018, dan kemudian tahun lalu di berkata ia mungkin pada awal 2020.

Pembuat kereta elektrik berpangkalan di California itu menjadi pengilang auto paling berharga di dunia awal bulan ini dengan sahamnya telah meningkat tahun ini disebabkan jumlah output kukuh meskipun gangguan daripada epidemik koronavirus.

Kekompleksan teknologi kereta pandu sendiri autonomi itu dikelaskan sehingga ‘Tahap 5’. Paras rendah bercirikan beberapa gabungan pembuat keputusan kenderaan autonomi, bersama dengan campur tangan manusia diperlukan.

Namun Tahap 5 menandakan sebuah kereta tidak memerlukan campur tangan manusia bila-bila masa, membolehkan penumpang tidur atau menonton filem ketika kereta dikendalikan semua navigasi serta pengubahsuaian untuk mengelak pelanggaran. – AFP