Muslimah halusi bacaan Al-Quran

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Lebih 20 orang ahli Kumpulan Muslimah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB) Kampung Sungai Akar menghadiri Bengkel Memperhalusi Bacaan Al-Quran Bertajwid yang berlangsung di bilik kuliah masjid berkenaan.

Ketua Muslimah MRSB, Hajah Rokiah binti Awang Ismail yang juga ahli takmir masjid ketika ditemu bual antara lain menjelaskan, bengkel berkenaan diadakan selama dua hari iaitu hari ini dan 7 Mac 2020.

Menurutnya, bengkel yang julung kalinya diadakan itu akan dapat memberi ilmu pengetahuan kepada ahli Muslimah di samping memperbaiki mutu bacaan Al-Quran bertajwid dengan lebih baik lagi.

Sepanjang bengkel berkenaan, para peserta dibimbing oleh Da’ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) iaitu Dayang Zati Hanani binti DSS Ustaz Haji Rajid.

Dayang Zati Hanani ketika mengendalikan Bengkel Memperhalusi Bacaan Al-Quran Bertajwid di MRSB. – Gambar oleh Muiz Matdani