Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muslimah masjid hadiri Bengkel Dikir Brunei

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 25 Jan – Kira-kira 20 orang ahli Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong hari ini menyertai Bengkel Dikir Brunei ‘Alham Allah’ yang diadakan di masjid tersebut.

    Ia merupakan inisiatif jawatankuasa takmir masjid berkenaan sebagai usaha berterusan mempertahankan lagu-lagu Dikir Brunei supaya tidak dilupakan oleh segenap masyarakat masa kini.

    Bengkel tersebut berlangsung selama tiga bulan bermula hari ini dan diadakan setiap Rabu dari jam 8 pagi hingga 10 pagi, bertujuan menggalakkan Muslimah ikut serta kegiatan masjid dan memupuk minat Muslimah untuk belajar dalam lagu-lagu dikir di samping dapat mempromosikan lagu-lagu Dikir Brunei kepada masyarakat khususnya penduduk Daerah Tutong.

    Antara Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong yang mengikuti Bengkel Lagu Dikir Brunei ‘Alham Allah’.
    Antara Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong yang mengikuti Bengkel Lagu Dikir Brunei ‘Alham Allah’.

    Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohamad yang mengendalikan bengkel tersebut berkata, selain mempelajari lagu Dikir Brunei ‘Alham Allah’, para Muslimah juga akan berkesempatan mempelajari lagu-lagu Dikir Brunei seperti Bisahrin Cantik Manis, Tanaqal Maulai, dan Badat Kampar.

    Katanya, bengkel tersebut akan dilaratkan lagi kepada golongan belia dan beliawanis di beberapa buah masjid di Daerah Tutong pada musim cuti persekolahan nanti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda