Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Muslimah masjid hargai jasa guru kelas agama

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Muslimah Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong, baru-baru ini, telah mengadakan majlis perpisahan bagi salah seorang guru kelas agama di masjid berkenaan.

    Majlis diadakan untuk memberikan penghormatan, mengenang jasa dan sumbangan bakti guru agama Kelas Ugama Muslimah Masjid Sultan Sharif Ali, Hajah Salmah binti Haji Ithnin.

    Hajah Salmah mengongsikan bahawa beliau mula dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid untuk mengajar di masjid tersebut ketika mula-mula Muslimah ditubuhkan pada 2007 hingga sekarang.

    Beliau yang berasal dari Johor, Malaysia itu telah berada di negara ini selama 30 tahun dan pertama kali datang ke Brunei sebagai seorang guru agama berkontrak.

    “Buat masa ini, saya ingin berehat memandangkan umur sudah meningkat sambil itu menyambung pengajaran di rumah,” jelas beliau yang turut mengongsikan bahawa beliau akan terus mengajar mengaji dari rumah ke rumah sahaja selepas ini.

    Hajah Salmah semasa ditemu bual pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...