Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muslimah Masjid Mohamed Bolkiah lawat tempat menarik di Daerah Tutong

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 19 Feb – Bagi mengukuhkan lagi tali silaturahim, rombongan seramai 35 orang Muslimah Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop telah mengadakan lawatan muhibah ke beberapa buah tempat menarik di Daerah Tutong, hari ini.

    Rombongan yang diketuai oleh Datin Hajah Rosni binti Haji Tungkat itu telah memulakan lawatan ke Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong untuk menyaksikan aktiviti yang dilakukan oleh ahli pusat tersebut. Rombongan dialu-alukan oleh Ketua Pengurus PKWE Daerah Tutong, Haji Metamit bin Haji Matzin.

    PKWE menjadi mekanisme bagi membolehkan warga emas di daerah ini bergiat aktif terutamanya dalam menyumbang khidmat bakti kepada negara.

    Rombongan Muslimah Masjid Mohamed Bolkiah semasa mengadakan lawatan ke Bangunan PKWE, Daerah Tutong, pagi kelmarin.

    Seterusnya rombongan membuat lawatan ke Kampung Sengkarai bagi menyaksikan tempat pembuatan produk coklat yang dihasilkan oleh majlis perundingan kampung berkenaan. Sebelum mengakhiri lawatan, Muslimah Masjid Mohamed Bolkiah dibawa melawat ke Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam (PAHMA), Kampung Sengkarai bagi sesi ramah mesra bersama Muslimah Masjid PAHMA dan dibawa melihat pameran produk-produk Muslimah berkenaan serta menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur.

    Lawatan yang dikendalikan oleh Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong itu bertujuan bagi merapatkan ukhuwah sesama Muslim, di samping mendedahkan ahli-ahli Muslimah dengan tempat-tempat yang menarik di daerah ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda