Muslimah MHBPT sambut Maulud Nabi Muhammad S.A.W

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 15 Jan – Lebih 50 orang Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong (MHBPT), baru-baru ini, telah berkumpul bagi meraikan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W di Dewan MHBPT.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam MHBPT, Awang Sahibol Omar bin Haji Yusop.

Pengerusi Jawatankuasa Takmir MHBPT, Awang Mohammad Fauzi bin Haji Anuar dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa majlis berkenaan diadakan untuk menanamkan sifat cinta terhadap Rasulullah S.A.W sekali gus memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Di samping itu, majlis turut meraikan serta memperingati jasa bekas tenaga pengajar Muslimah MHBPT, Hajah Mardianah binti Haji Metali dan seterusnya mengalu-alukan kedatangan dan memperkenalkan guru Muslimah baru iaitu Hajah Entan binti Haji Jali.

Majlis anjuran para Muslimah MHBPT dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir MHBPT itu bertujuan lagi menyemarakkan lagi syiar dan kegiatan Muslimah pada tahun ini.

Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, Dikir Assalai dan Asraqal dipersembahkan oleh Muslimah MHBPT.

Muslimah-muslimah MHBPT bergambar ramai pada majlis tersebut.
Muslimah-muslimah MHBPT bergambar ramai pada majlis tersebut.