Mutko letak jawatan ketua penganjur Piala Dunia
MOSCOW, 28 Dis – Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko yang telah digantung seumur hidup dari Olimpik bulan ini susulan kes doping berkata semalam bahawa dia meletak jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa penganjur Piala Dunia 2018. “Pengarah jawatankuasa penganjur Alexei Sorokin akan dilantik menjadi pengerusi,” agensi Rusia memetik kenyataan Mutko, dua hari selepas menggantung tugas sebagai


































